Sunday, January 11, 2009

United Kutip 3 Mata

.

MANCHESTER: Manchester United mengurangkan jurang kepada lima mata di belakang pendahulu, Liverpool apabila menundukkan Chelsea 3-0 di Old Trafford, pagi tadi. Jaringan Nemanja Vidic, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov sudah cukup untuk membolehkan United mengumpul 41 mata daripada 19 perlawanan dengan bermain kurang dua perlawanan daripada pendahulu. Namun barisan serangan United yang diketuai Berbatov jelas sukar melepasi John Terry dan Ricardo Carlvalho pada awal babak pertama walaupun memiliki beberapa peluang baik.

Begitupun tuan rumah berjaya juga memecah kebuntuan apabila Vidic berjaya menanduk masuk sepakan sudut Ryan Giggs sejurus sebelum wisel rehat untuk pasukannya mendahului 1-0. United menggandakan asakan pada babak kedua dan berjaya melebarkan jurang gol menerusi Rooney pada minit ke-62, selepas pemain itu bijak menyudahkan hantaran silang bek kiri Perancis, Patrice Evra. Ketika Chelsea cuba merapatkan jurang dengan asakan bertali arus, segalanya berakhir dengan jaringan Berbatov pada minit ke-87.

Dalam perlawanan terdahulu, Wigan Atheletic menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 hasil jaringan tunggal Maynor Figueroa pada masa kecederaan.
- Agensi
.

No comments:

Post a Comment